Bomba selamatkan remaja 13 tahun dalam kebakaran pangsapuri

Seorang remaja lelaki berjaya diselamatkan dalam kebakaran di sebuah unit pangsapuri di Puchong pada Selasa.
Seorang remaja lelaki berjaya diselamatkan dalam kebakaran di sebuah unit pangsapuri di Puchong pada Selasa.
A
A
A

PUCHONG - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berjaya diselamatkan dalam kebakaran sebuah unit di Pangsapuri Sri Pulai, di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 6.59 pagi.

"Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong serta bantuan BBP Cyberjaya bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 4.8 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di lokasi pada jam 7.09 pagi mendapati sebuah unit di tingkat tiga pangsapuri berkenaan terbakar.

"Unit pangsapuri tersebut terbakar 80 peratus, mangsa lelaki berjaya diselamatkan dari dalam bilik oleh pihak bomba," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berjaya diselamatkan dalam kebakaran sebuah unit di Pangsapuri Sri Pulai
  • Penolong Pengarah Bahagian Operasi, JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.59 pagi
  • Lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari BBP Puchong dan bantuan BBP Cyberjaya bergegas ke lokasi kejadian
  • Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di lokasi pada jam 7.09 pagi mendapati sebuah unit di tingkat tiga pangsapuri berkenaan terbakar
  • Unit pangsapuri tersebut terbakar 80 peratus, mangsa berjaya diselamatkan dari dalam bilik oleh pihak bomba

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!