China lipat ganda pengeluaran ventilator

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

BEIJING - Syarikat di China melipatgandakan kapasiti pengeluaran ventilator untuk memenuhi permintaan yang semakin memuncak bagi merawat pesakit koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT).

Pegawai kementerian, Xu Kemin, pada sidang akhbar berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan usaha menggesa syarikat peralatan perubatan meneruskan kerja dalam menjamin bekalan mencukupi.

Sehingga Ahad, pengilang utama di seluruh negara sudah menawarkan 27,000 ventilator, dengan kira-kira 3,000 daripadanya adalah alat khas yang memenuhi keperluan melawan virus.

Selain memenuhi permintaan tempatan, sejak 19 Mac, China turut membekalkan kira-kira 1,700 ventilator khas ke negara lain.

Katanya, China turut menerima tempahan kira-kira 20,000 ventilator daripada negara lain.

Tambah beliau, 21 pengeluar sudah menggandakan usaha bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di pasaran luar.

Katanya, kementerian akan mengambil lebih banyak langkah bagi menambah kapasiti pengeluaran dan turut menggesa syarikat terbabit mengetatkan kawalan kualiti selain meningkatkan keselamatan pengeluaran. - Bernama

Artikel Berkaitan: