'Pengakhiran mama sangat sempurna, baik' – Anak Nadia Kesuma

Pemergian pelakon, Allahyarham Nadia Kesuma, 49 disifatkan sebagai satu pengakhiran yang sangat baik
Pemergian pelakon, Allahyarham Nadia Kesuma, 49 disifatkan sebagai satu pengakhiran yang sangat baik
A
A
A

PEMERGIAN pelakon, Allahyarham Nadia Kesuma, 49 disifatkan sebagai satu pengakhiran yang sangat baik apabila arwah menerima doa tidak putus-putus daripada jemaah serta rakyat Malaysia.

Perkara itu dikongsikan oleh anak perempuannya menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Threads miliknya, @myyrraaa, yang menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

“Alhamdulillah ma, syukur sangat. Pengakhiran mama sangat sempurna dan baik. Lebih 500 orang jemaah di tanah Jeddah solatkan dan mendoakan mama,” tulisnya.

Lebih 500 jemaah di Jeddah menunaikan solat jenazah buat Nadia Kesuma.
Lebih 500 jemaah di Jeddah menunaikan solat jenazah buat Nadia Kesuma.

Menurutnya, bukan sahaja jemaah di Jeddah, malah rakyat Malaysia turut mengiringi pemergian arwah dengan doa yang berterusan.

“Rakyat Malaysia pun ramai yang mendoakan mama. Insya-ALLAH dengan doa orang ramai dan segala amal kebaikan mama di dunia, semuanya menjadi saham mama di akhirat.

“Alhamdulillah, kita berjumpa semula sekeluarga di syurga nanti, insya-ALLAH. Assalamualaikum mama,” katanya lagi.

Dalam hantaran sama, anak arwah turut memanjatkan doa agar ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikurniakan tempat tertinggi di syurga.

Artikel Berkaitan:

“Ya ALLAH, tempatkanlah Nadiah Kasumawati Abdul Karim di syurga-Mu yang tertinggi, Jannatul Firdaus. Bebaskanlah dia daripada seksaan kubur dan golongkanlah rohnya bersama orang-orang beriman,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen turut menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan kebaikan buat Allahyarham Nadia Kesuma, malah menyifatkan pemergiannya sebagai satu kematian yang dicemburui.

Semalam, anak arwah turut mengesahkan ibunya meninggal dunia akibat serangan jantung selepas mengalami masalah kesihatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, sebelum dibawa ke hospital pada hari yang sama.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, United Kingdom, yang singgah transit di Jeddah.

Difahamkan, arwah sebenarnya berada di luar negara bagi menyertai program umrah dan ziarah anjuran sebuah agensi pelancongan bersama 21 peserta sejak 14 Januari lalu, untuk tempoh dua minggu.

Allahyarham Nadia Kesuma disahkan meninggal dunia di Jeddah akibat serangan jantung dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan di sana.

Ringkasan AI

  • Pemergian pelakon Nadia Kesuma dianggap pengakhiran yang baik dengan doa daripada jemaah dan rakyat Malaysia
  • Anak perempuannya berkongsi kesedihan namun bersyukur atas pengakhiran ibunya yang dianggap sempurna dengan lebih 500 orang jemaah di Jeddah mendoakan
  • Bukan sahaja di Jeddah, rakyat Malaysia juga banyak mendoakan untuk arwah
  • Anaknya memanjatkan doa agar Nadia Kesuma ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan di syurga tertinggi
  • Nadia Kesuma meninggal akibat serangan jantung di Jeddah dan telah dikebumikan di sana

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!