Warga emas jalan kaki maut dirempuh penunggang motosikal usia 81 tahun

Motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 81 tahun yang terlibat dalam kemalangan pada Isnin. Foto: PDRM
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 81 tahun yang terlibat dalam kemalangan pada Isnin. Foto: PDRM
A
A
A

ROMPIN – Tindakan seorang penunggang motosikal mengalihkan pandangan ke arah simpang dipercayai menjadi punca seorang pejalan kaki warga emas maut dirempuh di Jalan Dato Shahbandar, Bandar Tun Razak di sini, kira-kira jam 7.45 pagi pada Isnin.

Mangsa, Hamimah Ali, 65, disahkan meninggal dunia pada jam 11.42 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha ditunggang lelaki berusia 81 tahun yang dalam perjalanan dari Felda Keratong 1 menghala ke sebuah gerai makan berhampiran Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, manakala mangsa berjalan dari arah yang sama.

"Setibanya di lokasi kejadian, penunggang motosikal berkenaan dipercayai telah mengalihkan pandangan ke arah simpang sebelah kanan sambil meneruskan perjalanan ke gerai makan dan secara tiba-tiba melanggar mangsa.

"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, manakala penunggang motosikal hanya cedera ringan di bahagian ibu jari kaki kiri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Lokasi kemalangan yang meragut nyawa pejalan kaki di Jalan Dato Shahbandar, Bandar Tun Razak pada Isnin. Foto: PDRM
Lokasi kemalangan yang meragut nyawa pejalan kaki di Jalan Dato Shahbandar, Bandar Tun Razak pada Isnin. Foto: PDRM

Beliau berkata, mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.

Jelasnya, sebarang maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Rompin, Inspektor Ahmad Mukhlis Shah Md Safar di talian 017-9249261 atau di mana-mana balai polis berhampiran.

Ringkasan AI

  • Tindakan seorang penunggang motosikal mengalihkan pandangan ke arah simpang dipercayai menjadi punca kemalangan maut pejalan kaki warga emas
  • Mangsa, Hamimah Ali, 65, meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah
  • Penunggang motosikal berusia 81 tahun dari Felda Keratong 1
  • Penunggang dan mangsa berada di arah yang sama sebelum kejadian
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!