Gempa bumi magnitud 5.3 landa Indonesia

MetMalaysia memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
MetMalaysia memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 melanda luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia jam 9.34 pagi pada Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa terletak pada koordinat 0.4 darjah Utara dan 96.4 darjah Timur, kira-kira 168 kilometer barat daya dari Nias, Indonesia.

Penilaian awal MetMalaysia mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!