Israel tak senang duduk dipinggirkan Trump

Netanyahu 'terasa hati' kerana tidak dijemput Trump untuk menyertai mana-mana badan di bawah pelan damai fasa kedua itu.
Netanyahu 'terasa hati' kerana tidak dijemput Trump untuk menyertai mana-mana badan di bawah pelan damai fasa kedua itu.
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mula tidak keruan dengan penubuhan panel penasihat Gaza yang diumumkan Rumah Putih.

Pemimpin 'ekstremis' itu bertindak mengadakan mesyuarat bersama kerajaan gabungan pada Ahad selepas membantah idea sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) atas alasan kononnya ia bertentangan dengan dasar Tel Aviv.

Di bawah pelan damai fasa kedua, Washington mengumumkan pembentukan tiga badan iaitu Lembaga Keamanan dipengerusikan Presiden Donald Trump, Jawatankuasa Teknokrat Palestin untuk mentadbir Gaza dan Lembaga Eksekutif Gaza selaku penasihat.

Israel bagaimanapun berasa terpinggir kerana dikecualikan daripada ketiga-tiga badan tersebut Aviv setelah kandungan perjanjian damai fasa pertama memberi banyak 'kelebihan' kepadanya.

"Netanyahu telah mengarahkan Menteri Hal Ehwal Luar, Gideon Sa'ar untuk menghubungi Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berhubung perkara itu," menurut pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan.

Tel Aviv tidak menjelaskan sebab bantahannya, namun Israel menentang keras sebarang peranan Ankara dalam fasa pasca perang Gaza setelah hubungan kedua-duanya meruncing sejak Oktober 2023. - AFP

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bimbang tentang pembentukan panel penasihat Gaza yang diumumkan oleh Rumah Putih
  • Netanyahu mengadakan mesyuarat bersama kerajaan gabungan untuk membantah idea tersebut kerana dikatakan bertentangan dengan dasar Tel Aviv
  • Washington mengumumkan pembentukan tiga badan baru untuk Gaza termasuk Lembaga Keamanan, Jawatankuasa Teknokrat Palestin, dan Lembaga Eksekutif Gaza
  • Israel merasa terpinggir dengan keputusan untuk dikecualikan daripada ketiga-tiga badan yang diumumkan dalam pelan damai fasa kedua
  • Israel menentang keras sebarang peranan Ankara dalam fasa pasca perang Gaza setelah hubungan mereka menjadi tegang sejak Oktober 2023

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!