Lembaga Keamanan: Trump kenakan 'yuran keahlian' RM4.06 bilion?

Ali Shaath (kiri) dilantik sebagai pemimpin Jawatankuasa Teknokratik Gaza di bawah Lembaga Keamanan yang dipengerusikan Trump. - Foto AFP
Ali Shaath (kiri) dilantik sebagai pemimpin Jawatankuasa Teknokratik Gaza di bawah Lembaga Keamanan yang dipengerusikan Trump. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa meminta sumbangan sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.06 bilion) dari negara yang mahukan posisi tetap di bawah Lembaga Keamanan Gaza.

Trump kini giat menghantar jemputan kepada beberapa negara termasuk Argentina, Kanada, Turkiye dan Mesir untuk menyertai lembaga tersebut yang turut dipengerusikan beliau.

"Setiap negara hanya boleh berkhidmat untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun. Had itu tidak terpakai terhadap negara yang menyumbangkan dana tunai seperti ditetapkan," menurut draf piagam untuk lembaga tersebut seperti didedahkan Bloomberg.

Rumah Putih bagaimanapun menyifatkan laporan itu sebagai mengelirukan dan memaklumkan tiada yuran ahli keahlian minimum dikenakan.

Pengkritik mula menzahirkan kebimbangan selepas Trump dipercayai cuba menubuhkan sebuah entiti baharu sebagai pesaing kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sentiasa dikritik pemimpin berkenaan. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa meminta sumbangan sekurang-kurangnya AS$1 bilion dari negara yang mahukan posisi tetap di Lembaga Keamanan Gaza
  • Trump menghantar jemputan kepada beberapa negara termasuk Argentina, Kanada, Turkiye dan Mesir untuk menyertai lembaga tersebut
  • Setiap negara boleh berkhidmat untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun kecuali bagi negara yang menyumbangkan dana tunai seperti ditetapkan
  • Rumah Putih menyatakan laporan itu sebagai mengelirukan dan tiada yuran ahli keahlian minimum dikenakan
  • Pengkritik bimbang Trump cuba menubuhkan entiti baru sebagai pesaing kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!