'MCA masih bersama BN' - Ka Siong

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan bahawa MCA masih bersama Barisan Nasional (BN), sebagai antara pengasas gabungan itu.
"Untuk MCA, kami adalah pengasas Barisan Nasional. Oleh itu, parti pengasas ini masih terus bersama,” katanya selepas ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini pada Jumaat.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya mengajak semua pihak yang 'merajuk' untuk kembali memperkukuh kekuatan BN.
Sebelum ini, MCA menegaskan kesediaannya menilai semula kedudukan strategik dalam BN sekiranya UMNO bekerjasama secara khusus dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Mengulas mengenai ucapan Ahmad Zahid, Ka Siong berkata, usaha memperkukuh parti perlu dilihat sebagai satu proses membina semula keyakinan dan sokongan rakyat.
Beliau berkata, bagi MCA, parti itu akan bekerja keras untuk menarik kembali sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). - Bernama
Ringkasan AI
- Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan MCA masih bersama Barisan Nasional sebagai pengasas gabungan itu
- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak pihak yang merajuk untuk memperkukuh kekuatan BN
- MCA bersedia menilai semula kedudukan dalam BN jika UMNO bekerjasama dengan DAP dalam PRU16
- Wee menyatakan usaha memperkukuh parti adalah proses membina semula keyakinan dan sokongan rakyat
- MCA akan bekerja keras untuk menarik kembali sokongan rakyat menjelang PRU16
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

