Siasatan kes tembak di Selangor menunjukkan perkembangan positif - KP Selangor

Shazeli (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA antara Ravi (kanan) dam Azman di IPD KLIA pada Jumaat.
Shazeli (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA antara Ravi (kanan) dam Azman di IPD KLIA pada Jumaat.
A
A
A

SEPANG - Tindakan polis ke atas kes jenayah tembak mati yang berlaku di Selangor masih dijalankan dan telah memberi hasil siasatan positif.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, beliau memahami keputusan itu tidak kelihatan namun percayalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tugas dan hasil positif yang diperolehi tidak dikongsikan bagi mengelakkan siasatan terganggu.

"Semua kes tembak mati tahun lepas masih berjalan dan aktif, tidak ditutup. Beri kami ruang dan masa yang secukupnya, Insya-ALLAH ada outcome yang positif serta kami akan berikan yang terbaik kepada masyarakat.

"Buat masa ini sebagaimana saya cakapkan sebelum ini banyak aspek kita siasat dan banyak memberi penglibatan tidak kata menjurus gangsterisme sahaja, banyak elemen terlibat.

"Salah satu berkemungkinan ada antaranya (gangsterisme)," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di sini pada Jumaat.

Beliau meminta semua pihak memberikan keyakinan tinggi kepada PDRM dalam menyelesaikan semua kes tembak yang berlaku di negeri ini.

Pada majlis itu, Asisten Komisioner M Ravi dilantik Ketua Polis Daerah KLIA yang baharu bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner Azman Shari'at yang kini menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompentensi) Bukit Aman.

November lalu, seorang lelaki berusia 26 tahun ditemukan mati dalam sebuah kereta pacuan empat roda di Taman Mesra Indah, Klang, dipercayai ditembak dengan lima das tembakan pada jarak dekat.

Terbaharu, 4 Januari lepas seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian di sebuah restoran makanan segera di Banting.

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!