Letak makanan di luar, elak bersemuka dengan penghantar makanan

Penunggang Perkhidmatan Penghantaran Makanan, Gan (kanan) bersama rakan sekerjanya. -Foto Bernama
Penunggang Perkhidmatan Penghantaran Makanan, Gan (kanan) bersama rakan sekerjanya. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai yang membuat pesanan makanan secara atas talian dinasihatkan tidak bersemuka dengan pekerja perkhidmatan itu bagi mengelakkan wabak koronavirus (Covid-1) terus menular.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, penghantar makanan digalakkan meninggalkan makanan ditinggalkan di luar pagar dan menelefon tuan rumah.

"Tuan rumah boleh keluar mengambil makanan tersebut selepas penghantar makanan itu beredar.

"Kita cuba mengelakkan daripada pertemuan bersemuka kerana kita tidak mahu wabak ini terus menular," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, orang ramai juga dinasihatkan membeli barangan secara atas talian.

"Bagaimanapun turut diingatkan bahawa sebaik fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, perkhidmatan penghantaran makanan juga akan dihentikan selepas jam 8 malam," katanya.

Artikel Berkaitan: