UMNO Kedah dakwa dilayan tidak adil dalam Kerajaan Perpaduan

Hisham Suhaily ketika membahaskan usul politik pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Khamis.
Hisham Suhaily ketika membahaskan usul politik pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perwakilan UMNO Kedah menzahirkan rasa kecewa susulan layanan yang didakwa tidak adil oleh rakan komponen Kerajaan Perpaduan, termasuk hal berkaitan pengagihan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketua Wanita UMNO Langkawi, Hisham Suhaily Othman berkata, sikap Pakatan Harapan (PH) jelas bertentangan dengan semangat perkongsian kuasa dalam kerjasama politik.

"Apa-apa (jawatan) yang ada semua (dapat) dekat mereka, kami juga yang tak ada apa-apa.

"Jawatan GLC di Kedah pun mereka enggan kongsi dengan kita, tak mahu layan pun (permintaan kita), macam ini ke cara kongsi kuasa?" katanya ketika membahaskan usul politik pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Khamis.

Sementara itu mengenai Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), beliau menegaskan, pihaknya menyasarkan untuk bertanding di Langkawi, Merbok dan Alor Setar termasuk kerusi Sungai Petani yang dimenangi PH pada PRU15.

Malah Hisham Suhaily mengugut, jentera parti tidak akan membantu kempen sekiranya kerusi-kerusi berkenaan ditandingi oleh parti lain selain BN.

"Ada juga kerusi kita, mereka sedang sasar. Ada yang sudah turun buat kerja, usaha cari sokongan. Kerusi kita ini, waima apapun kita harus kena pertahankan.

"Kalau tak diletak calon BN, jentera nyatakan awal, kami tak mahu berjuang untuk parti luar. Kalau mereka nak lawan juga, tak apa, kita lawan cara 'friendly fight'," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!