Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

‘UMNO sertai Kerajaan Perpaduan bukan untuk selamatkan saya’

16 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan sejak tiga tahun lalu bukan untuk menyelamatkan dirinya seperti didakwa pihak tertentu.

 

“Turut diratib keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan dulu kononnya adalah untuk Zahid menyelamatkan diri. Itu tuduhan, Zahid dah selamat pun,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Zahid berkata, ada juga pihak tertentu mendakwa beliau telah melupakan semangat setiakawan dengan bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Zahid dikatakan mengenepikan setiakawannya kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Malah, simpati kita, pembelaan kita, solidariti kita kepada ‘bossku’ telah ada yang ambil kesempatan, kononnya merekalah pejuang, mereka menjadikan ini momokan dan dipersendakan.

“UMNO tidak pernah goyah untuk terus bersama-sama dengan Datuk Seri Najib. Apabila menyebut nama Najib, sokongan kita tidak pernah berubah. Malah, beliau sendiri telah menghubungi saya dalam kepayahan beliau di belakang jeriji besi. Beliau  menitipkan salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada sidang perwakilan semua,” katanya.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #UMNO #perhimpunanAgungUmno2025 #ZahidHamidi