Sekatan Grok hanya ditarik balik jika isu kandungan diselesaikan sepenuhnya - Fahmi

KUALA LUMPUR - Sekatan sementara terhadap fungsi kecerdasan buatan (AI) Grok di aplikasi X hanya akan ditarik semula jika isu berkaitan penghasilan kandungan mudarat dapat diselesaikan sepenuhnya oleh pihak platform berkenaan.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihak X perlu membuktikan secara menyeluruh bahawa kandungan berbentuk video atau imej yang boleh disalahgunakan tidak lagi dihasilkan sebelum sekatan sementara itu ditarik sepenuhnya.
"Sekiranya mereka berjaya untuk menyahaktifkan dan tidak membolehkan penghasilan bahan-bahan yang dianggap online harm ataupun mudarat ini maka kerajaan akan menghentikan sekatan sementara ke atas Grok.
"Kita ingin pastikan platform media sosial ini lebih selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga. Bebas daripada penipuan, bebas daripada perkara-perkara seperti masalah Grok,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Centre for Responsible Technology (CERT) di sini pada Khamis.
Pada 11 Januari lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kepada AI Grok bagi pengguna di Malaysia berkuat kuasa hari yang sama.
AKAN MENYUSUL
Ringkasan AI
- Sekatan sementara terhadap AI Grok di aplikasi X di Malaysia akan ditarik jika isu penghasilan kandungan mudarat diselesaikan
- Pihak platform perlu membuktikan kandungan video atau imej berbahaya tidak lagi dihasilkan sebelum sekatan dibatalkan
- Kerajaan ingin memastikan platform media sosial selamat untuk kanak-kanak dan keluarga
- Sekatan ini bertujuan melindungi pengguna daripada penipuan dan kandungan berbahaya
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan sekatan pada 11 Januari
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
