Berlaku adillah kepada rakyat biasa

Setiap hari ramai pengguna jalan raya menjadi mangsa jalan berlubang dan banyak aduan berkaitan kecederaan serta kematian. Gambar hiasan
Setiap hari ramai pengguna jalan raya menjadi mangsa jalan berlubang dan banyak aduan berkaitan kecederaan serta kematian. Gambar hiasan
A
A
A

ISU jalan rosak dan berlubang bukan cerita baharu. Hampir setiap negeri berdepan masalah sama, jalan berlubang yang mengundang bahaya khususnya kepada penunggang motosikal.

Setiap hari ada yang cedera, malah tidak kurang yang kehilangan nyawa hanya kerana kecuaian dalam penyelenggaraan asas yang sepatutnya menjadi keutamaan pihak berkuasa.

Penulis teringat satu laporan berita kira-kira lima tahun lalu apabila sebuah agensi kerajaan tampil memohon maaf kepada seorang menteri (kini bekas menteri) selepas beliau terjatuh apabila melalui jalan rosak.

Permohonan maaf itu dibuat secara terbuka, disusuli tindakan pantas membaiki laluan berkenaan.

Ketika itu, ada seorang aktivis mempersoalkan mengapa agensi terbabit begitu cepat bertindak apabila melibatkan menteri, tetapi seolah-olah mengambil mudah nasib ratusan pengguna biasa yang cedera atau maut akibat terlanggar lubang jalan.

Menurut aktivis tersebut, apabila kes melibatkan menteri, isu jalan berlubang segera diselesaikan. Namun apabila melibatkan rakyat biasa, aduan bertimbun tanpa tindakan segera.

Sikap ‘dwi-standard’ seperti inilah yang mencalar kepercayaan rakyat terhadap jabatan berkaitan. Lebih menyedihkan, ada kawasan yang penduduknya terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk menurap lubang berbahaya demi keselamatan komuniti.

Tindakan pihak berkuasa seharusnya adil kepada rakyat biasa. Hakikatnya, setiap hari ramai pengguna jalan raya menjadi mangsa jalan berlubang dan banyak aduan berkaitan kecederaan serta kematian.

Isu ini berulang kerana penyelenggaraan tidak memuaskan, ditambah sikap sambil lewa dan tindakan yang perlahan.

Artikel Berkaitan:

Sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan dasar ‘sifar jalan berlubang’, seperti pernah disarankan seorang aktivis sebelum ini dan tidak menunggu aduan rakyat sebelum bertindak.

Sekiranya dasar ini dilaksana dengan tegas, insiden jalan berlubang bertahun-tahun dapat dielakkan dan keselamatan pengguna dijamin tanpa mengira lokasi atau status kawasan. Malangnya, realitinya masih jauh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!