BTS kembali dengan siri jelajah dunia bermula April depan

Ketujuh-tujuh anggota BTS menamatkan khidmat tentera wajib secara bergilir-gilir sebelum kembali beraksi pada 2026. Foto AFP
Ketujuh-tujuh anggota BTS menamatkan khidmat tentera wajib secara bergilir-gilir sebelum kembali beraksi pada 2026. Foto AFP
A
A
A

SEOUL - Bintang mega K-pop, BTS akan memulakan jelajah dunia pertama mereka dalam tempoh empat tahun bermula April depan, menurut agensi mereka, Hybe pada Rabu sebagai sebahagian daripada kemunculan semula yang amat dinanti-nantikan peminat terutamanya kelab peminat mereka, ARMY selepas tempoh berehat sejak 2022.

Siri konsert itu akan menampilkan 79 persembahan di 34 bandar dan bakal menjadi jelajah terbesar oleh kumpulan K-pop.

Jelajah dunia itu akan bermula di Goyang, Korea Selatan pada 9 April depan dengan dua konsert tambahan di bandar tersebut sebelum diteruskan ke Jepun.

BTS atau Bulletproof Boy Scouts (terjemahan maksud nama mereka dalam bahasa Korea) kemudiannya akan meneruskan siri jelajah ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah serta berakhir di Manila pada Mac 2027.

Jelas Hybe, lebih banyak bandar akan diumumkan termasuk hentian tambahan di Tokyo dan Asia Barat.

BTS yang terkenal dengan lagu-lagu yang mencetuskan fenomena global seperti Dynamite dan Butter memegang rekod sebagai kumpulan paling banyak distrim di Spotify dan merupakan artis K-pop pertama yang menduduki tempat teratas carta Billboard 200 dan Billboard Artist 100 di AS.

Album baharu mereka yang belum mempunyai judul rasmi juga bakal dikeluarkan pada Mac depan.

Ia akan menjadi album yang pertama sejak antologi Proof yang muncul sebagai rekod terlaris pada 2022 sebelum ketujuh-tujuh anggota BTS menjalani khidmat ketenteraan wajib. - AFP

Ringkasan AI

  • BTS akan memulakan jelajah dunia pertama dalam empat tahun bermula April depan
  • Siri konsert akan menampilkan 79 persembahan di 34 bandar
  • Jelajah akan bermula di Goyang, Korea Selatan dan berakhir di Manila pada Mac 2027
  • Lebih banyak bandar termasuk Tokyo dan Asia Barat akan diumumkan sebagai sebahagian daripada jelajah
  • Album baharu BTS akan dikeluarkan pada Mac depan, menjadi yang pertama sejak antologi Proof pada 2022

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!