‘Saya tak pernah dengar pun DAP cakap UMNO ini baik’ - Dr Akmal Saleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa tidak pernah mendengar pemimpin DAP memuji UMNO sebagai sebuah parti yang baik.Menurutnya, walaupun pelbagai perkara sudah dibuat namun beliau tidak pernah mendengar pujian itu malah yang ada hanyalah kutukan dan cacian apabila kes melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).“Kita buat sudah, macam-macam kita buat. Walaupun ada pemimpin yang mengatakan duduk dengan DAP, tak apa, dia boleh berubah, DAP berubah… tapi saya tak pernah dengar pun DAP cakap kita ini baik pada semua.“Saya tak pernah dengar ada pemimpin DAP cakap Datuk Seri Presiden (Ahmad Zahid), UMNO ini dah baik, tak pernah pun tuan-tuan. Yang saya dengar adalah ketika Datuk Seri Presiden dapat NFA mereka kutuk dan caci lagi ada, “katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO di Perhimpunan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Khamis.Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #DAP #AkmalSaleh #UMNO