Mayat wanita reput ditemui dalam bilik air kondominium

Seorang wanita berusia 27 tahun ditemui mati dalam bilik air kondominiumnya di Bandar Baru Sri Petaling. - Gambar hiasan
Seorang wanita berusia 27 tahun ditemui mati dalam bilik air kondominiumnya di Bandar Baru Sri Petaling. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita ditemui dalam bilik air kediamannya di sebuah kondominium di Bandar Baru Sri Petaling di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.35 pagi daripada pemilik rumah selepas gagal menghubungi penyewanya.

Menurutnya, tuan rumah terbabit telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan bangunan itu mengenai bau busuk yang datang dari sebuah unit kediaman.

"Pasukan peronda polis dihantar ke lokasi. Pemeriksaan di dalam kediaman itu menemui mayat penyewa yang sudah mereput dalam bilik air," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati rumah itu berkunci dari dalam dan barangan peribadi wanita terbabit termasuk telefon bimbit dan beg tangan masih berada di tempat asal.

Tambahnya, wanita berusia 27 tahun itu tinggal bersendirian sejak awal tahun ini dan dipercayai menjalankan kerja perniagaan pakaian secara dalam talian.

Dalam pada itu, Chang Hook berkata, pihak polis akan mengambil keterangan lanjut daripada ahli keluarga mangsa.

Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mayat wanita ditemui dalam bilik air kediamannya di kondominium Bandar Baru Sri Petaling
  • Pemilik rumah menghubungi polis setelah gagal menghubungi penyewanya
  • Bau busuk dari unit kediaman mendorong pemeriksaan
  • Mayat wanita yang mereput ditemui, dengan barangan peribadi masih di tempat
  • Wanita berusia 27 tahun itu menjalankan kerja perniagaan pakaian secara dalam talian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!