Mohamad Hasan ketuai delegasi Malaysia ke UNGA di New York

Mohamad Hasan. Foto Bernama
Mohamad Hasan. Foto Bernama
A
A
A

NEW YORK - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 2025) di New York bermula esok hingga Ahad.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan Mohamad dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum pada Ahad, jam 5 pagi (waktu Malaysia).

"Selain menyertai beberapa mesyuarat peringkat tertinggi, Mohamad juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” menurut kenyataan itu.

Penyertaan Malaysia dalam UNGA 2025 menzahirkan komitmen teguh Kerajaan Madani terhadap multilateralisme dan usaha memperkukuh kerjasama global.

"Khususnya dalam memajukan keamanan dan keselamatan, perdagangan dan pelaburan, ekonomi hijau, teknologi baharu serta pembangunan mampan,” menurut Wisma Putra.

UNGA 2025 bertemakan Better together: 80 Years and More for Peace, Development and Human Rights. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB di New York
  • Mohamad dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum
  • Mohamad akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dan Setiausaha Agung PBB
  • Penyertaan Malaysia menunjukkan komitmen terhadap multilateralisme dan usaha memperkukuh kerjasama global
  • UNGA 2025 bertemakan Better together: 80 Years and More for Peace, Development and Human Rights

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!