Pusat Perubatan Mawar tawar ujian Covid-19 pandu lalu

Pusat Perubatan Mawar hari ini tampil menawarkan ujian pemeriksaan koronavirus (Covid-19) secara pandu lalu kepada masyarakat.
Pusat Perubatan Mawar hari ini tampil menawarkan ujian pemeriksaan koronavirus (Covid-19) secara pandu lalu kepada masyarakat.
A
A
A

SEREMBAN - Pusat Perubatan Mawar hari ini tampil menawarkan ujian pemeriksaan koronavirus (Covid-19) secara pandu lalu kepada masyarakat di negeri ini, demikian diumumkan Pengerusinya, Datuk Lee Tian Hock.

Beliau berkata, perkhidmatan itu ditawarkan sebagai langkah membantu meringankan bebanan hospital kerajaan berikutan permintaan yang semakin tinggi daripada masyarakat untuk melakukan ujian Covid-19.

Setakat ini, 15 individu telah membuat temu janji untuk melakukan pemeriksaan di pusat berkenaan dengan ujian itu ditawarkan pada harga RM550.

Beroperasi setiap Isnin hingga Sabtu kecuali cuti umum dari 9 pagi hingga 12 tengah hari, Tian Hock yang juga Pengerusi Pusat Hemodialisis Mawar berkata, pusat berkenaan mampu memberi perkhidmatan pemeriksaan kepada 30 orang sehari.

“Tetapi untuk 'walk in', kita 'charge' RM650 sebab ia melibatkan kos khususnya membabitkan peralatan perlindungan diri (PPE) anggota perubatan yang hanya boleh dipakai sekali bagi pemeriksaan berbanding pandu lalu yang boleh digunakan untuk lima kali prosedur pemeriksaan.

“Kita juga menetapkan jumlah mereka yang boleh melakukan pemeriksaan Covid-19 adalah 15 hingga 20 orang sehari bagi pandu lalu dan baki adalah untuk mereka yang ‘walk in’ sebab makmal yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan tidak boleh menampung banyak spesimen,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tian Hock berkata, keputusan ujian hanya akan diketahui dalam tempoh tiga hari. - Bernama

Artikel Berkaitan: