Pemandu sebabkan kematian pelajar UniSZA direman empat hari

Dalam kejadian Isnin lepas, Syakirah Hanan maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh Honda Jazz dari arah bertentangan.
Dalam kejadian Isnin lepas, Syakirah Hanan maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh Honda Jazz dari arah bertentangan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [KEMAS KINI] Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Jalan Kemajuan, di sini pada Isnin lepas direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 32 tahun dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi.

Suspek yang memakai pakaian lokap ungu tiba di mahkamah pada 9.45 pagi dengan diiringi dua anggota polis.

Dalam kejadian pada 1.55 tengah hari Isnin lepas, pelajar semester dua Diploma Pascasiswazah Pendidikan Syakirah Hanan Mazli, 25, maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh Honda Jazz dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor sebelum ini berkata, pemandu kereta Honda Jazz itu menghidap Major Depressive Disorder (MDD) atau penyakit kemurungan major dan pernah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah bermula Januari 2025.

Suspek juga dipercayai memecah masuk sebuah kereta Honda City dan melarikan dompet berisi wang tunai RM200 sebelum kemalangan berlaku.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pemandu kereta Honda Jazz reman empat hari kerana kemalangan yang mengorbankan penuntut UniSZA
  • Majistret Yuhanis Mohd Roslan keluarkan perintah reman kepada suspek lelaki berusia 32 tahun
  • Suspek tiba di mahkamah pada 9.45 pagi dengan pengawalan dua anggota polis
  • Pelajar berumur 25 tahun maut selepas kereta dipandunya dirempuh Honda Jazz
  • Suspek didakwa mengidap Major Depressive Disorder dan terlibat dalam pecah masuk kereta sebelum kemalangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!