Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 11 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan cuaca buruk itu diramal di Sik dan Baling, Kedah serta Hulu Perak di Perak.
Amaran sama juga melibatkan beberapa kawasan di Kelantan termasuk Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang serta di Sarawak (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Mukah. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk di empat negeri
- Cuaca buruk meliputi ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
- Amaran berlangsung sehingga 11 pagi
- Kawasan terlibat termasuk Sik dan Baling di Kedah serta Hulu Perak
- Juga melibatkan beberapa kawasan di Kelantan dan Sarawak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
