Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 7 negeri hingga 7 malam

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 7 negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 7 malam ini. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 7 negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 7 malam ini. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca itu melibatkan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Amaran itu turut membabitkan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Keadaan sama juga diramal melanda Sarawak meliputi kawasan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan dan Sarikei) serta Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk
  • Amaran itu melibatkan tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, dan Sabah terkena amaran
  • Hujan lebat, angin kencang, dan ribut petir dijangka berlaku
  • Amaran berlaku sehingga 7 malam ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!