Amaran ribut petir 4 negeri, 3 Wilayah Persekutuan hingga 7 malam

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri dan tiga Wilayah Persekutuan hingga jam 7 malam ini. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri dan tiga Wilayah Persekutuan hingga jam 7 malam ini. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di empat negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak manakala di Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling serta Sepang).

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Limbang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat (Kota Marudu dan Kudat). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di empat negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
  • Amaran itu berlaku sehingga 7 malam ini
  • Kawasan yang terlibat di Perak adalah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim
  • Di Selangor, kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Sepang
  • Di Sarawak dan Sabah, kawasan seperti Limbang, Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat juga terlibat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!