Penangguhan aktiviti agama di Terengganu dilanjut

Osman Muda
Osman Muda
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan untuk melanjutkan penangguhan semua aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di negeri ini sehingga 14 April ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, penangguhan aktiviti keagamaan itu adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Menjunjung titah perintah dan perkenan Sultan Mizan, saya dengan ini mengumumkan penangguhan semua aktiviti keagamaan sama ada solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti lain di semua masjid dan surau di negeri ini sehingga 14 April depan.

"Fatwa isu Covid-19 yang berkaitan aktiviti keagamaan di negeri ini dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri, 17 Mac lalu dirujuk," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Osman berkata, Sultan Mizan turut bertitah supaya semua rakyat negeri ini bersabar dalam menghadapi ujian ini.

"Baginda mendoakan semoga wabak Covid-19 ini segera berakhir dan semua rakyat sentiasa dalam perlindungan Allah Taala," katanya.

Artikel Berkaitan: