25 maut bot terbalik di Nigeria

Seramai 13 penumpang berjaya diselamatkan manakala 14 yang lain dilaporkan masih hilang. - Gambar hiasan
Seramai 13 penumpang berjaya diselamatkan manakala 14 yang lain dilaporkan masih hilang. - Gambar hiasan
A
A
A

LAGOS - Sekurang-kurangnya 25 orang disahkan maut selepas sebuah bot yang dinaiki mereka terbalik di Nigeria, menurut pegawai pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kejadian berlaku lewat Sabtu melibatkan sebuah bot yang membawa 52 penumpang ketika dalam perjalanan dari bandar Adiyani di Kawasan Kerajaan Tempatan Guri, negeri Jigawa, ke Garbi di Kawasan Kerajaan Tempatan Nguru, negeri Yobe.

Seramai 13 penumpang berjaya diselamatkan, manakala laporan awal pihak berkuasa memaklumkan 14 yang lain masih hilang.

Setiausaha Eksekutif Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Yobe, Mohammed Goje berkata kepada Anadolu bahawa mangsa dalam perjalanan untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan, pertanian dan urusan perniagaan tempatan lain ketika kanu itu terbalik di pertengahan perjalanan.

"Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Yobe mengesahkan nahas kanu yang malang itu berlaku di sepanjang laluan perairan Nguru,” kata Goje.

"Pasukan mencari dan menyelamat kami masih berusaha dengan kerjasama agensi keselamatan dan sukarelawan komuniti setempat untuk mengesan mereka yang hilang." - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya 25 orang maut selepas bot yang dinaiki terbalik di Nigeria
  • Kejadian tersebut melibatkan sebuah bot yang membawa 52 penumpang
  • Seramai 13 penumpang berjaya diselamatkan manakala 14 lagi masih hilang
  • Mangsa dalam perjalanan untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan, pertanian, dan urusan perniagaan tempatan
  • Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mereka yang hilang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!