Tanah runtuh: Dua mangsa tertimbus disahkan maut

PAPAR - Dua mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dan menghempap tiga rumah disahkan meninggal dunia di Kampung Mook, di sini pada Isnin.
Operasi mengeluarkan mangsa berjaya dilakukan sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Ketua Balai dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman memaklumkan, setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat penuh mengenai identiti mangsa.
"Mangsa disahkan meninggal oleh pegawai perubatan di lokasi namun maklumat mangsa belum diperolehi.
"Operasi ditamatkan pada jam 2.25 petang namun pemantauan berterusan dijalankan dari masa ke masa," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa yang maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di Kota Kinabalu telah dikenal pasti identitinya.
Mangsa Husaima Sarabani, 50, berjaya dikeluarkan selepas tertimbus dalam kejadian tersebut namun disahkan meninggal dunia pada jam 12.35 tengah hari.
Ketua BBP Jalan Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, ketika ini terdapat dua lagi mangsa sedang diselamatkan oleh pasukannya.
Sebelum itu, sebuah rumah dihempap dan terdapat seramai 11 mangsa di mana empat daripadanya berjaya keluar dengan selamat manakala seorang lagi dilaporkan meninggal dunia.
Ringkasan AI
- Dua mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mook disahkan meninggal dunia
- Operasi mengeluarkan mangsa berjaya sebelum pengesahan kematian oleh pasukan perubatan
- Identiti mangsa belum diperolehi sepenuhnya
- Pemantauan di lokasi kejadian terus dijalankan setelah operasi ditamatkan
- Satu mangsa lain di Kampung Cenderakasih dikenal pasti sebagai Husaima Sarabani, 50, juga meninggal akibat tanah runtuh
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
