Masalah bumbung bocor di Axiata Arena tidak akan berulang - PSM

Tahun lalu bumbung Axiata Arena bocor akibat hujan lebat pada hari pertama kejohanan Badminton Terbuka Malaysia menyebabkan beberapa perlawanan terpaksa ditangguh. Foto Bernama
Tahun lalu bumbung Axiata Arena bocor akibat hujan lebat pada hari pertama kejohanan Badminton Terbuka Malaysia menyebabkan beberapa perlawanan terpaksa ditangguh. Foto Bernama
A
A
A

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan masalah bumbung bocor atau titisan air yang berlaku ketika kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil sebelum ini tidak akan berulang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Ilyas Jamil berkata, proses penggantian bumbung lama di venue berkenaan sudah siap sepenuhnya dan beberapa ujian telah dijalankan menjelang kejohanan Terbuka Malaysia 2026 pada Selasa depan.

"Kerja-kerja baik pulih bumbung sudah selesai, cuma yang berlaku ketika Masters Malaysia tahun lepas, adalah disebabkan masalah kondensasi. Kita sudah ambil langkah sewajarnya untuk memastikan masalah tersebut tidak berulang.

"Kita dah buat ujian beberapa minggu lepas dan kita jangka masalah sama tidak akan berlaku tahun ini," katanya.

Pada tahun lepas, bumbung Axiata Arena bocor ketika saingan pusingan pertama Terbuka Malaysia 2025 menyebakan titisan air masuk ke venue berkenaan, sekali gus menyebabkan beberapa perlawanan sedang berlangsung terpaksa dihentikan seketika.

Masalah sama turut berlaku ketika saingan Masters Malaysia namun kali ini bukan disebabkan kebocoran bumbung sebaliknya berpunca daripada masalah pemeluwapan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PERBADANAN Stadium Malaysia memberi jaminan masalah bumbung bocor di Axiata Arena tidak akan berulang tahun ini
  • Proses penggantian bumbung lama di Axiata Arena sudah siap sepenuhnya
  • Masalah bumbung bocor sebelum ini berpunca dari kondensasi
  • Ujian untuk memastikan masalah tidak berulang telah dijalankan
  • Bumbung bocor menyebabkan beberapa perlawanan Terbuka Malaysia 2025 dan Masters Malaysia terhenti seketika

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!