Cabul wanita di kediaman, lelaki mabuk direman empat hari

Permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama empat hari bermula 2 Januari hingga 5 Januari ini bagi melengkapkan siasatan. Gambar hiasan
Permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama empat hari bermula 2 Januari hingga 5 Januari ini bagi melengkapkan siasatan. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang wanita menempuh detik hitam apabila dicabul seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di sebuah kediaman di Cheras, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.20 pagi melibatkan seorang mangsa wanita berusia 21 tahun yang telah bekerja.

"Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang lelaki berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah kedai permainan video (gaming).

"Siasatan mendapati suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian berlaku dan datang ke kediaman berkenaan untuk bertemu rakannya sebelum bertindak mencabul mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, susulan laporan diterima, suspek berjaya ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cabul.

"Permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama empat hari bermula 2 Januari hingga 5 Januari ini bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Tambahnya, kes berkenaan masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan pihak polis.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang wanita dicabul oleh lelaki didakwa berada di bawah pengaruh alkohol di Cheras
  • Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 11.20 pagi melibatkan mangsa wanita berusia 21 tahun
  • Suspek, seorang lelaki berusia 24 tahun yang bekerja di kedai permainan video
  • Suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol datang ke kediaman berkenaan untuk bertemu rakannya sebelum mencabul mangsa
  • Suspek telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!