Covid-19: MAIPs umum inisiatif tambahan

inisiatif disediakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berdepan pandemik Covid-19.
inisiatif disediakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berdepan pandemik Covid-19.
A
A
A

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengumumkan inisiatif tambahan baharu iaitu pengecualian bayaran sewaan rumah, kedai dan bazar untuk tempoh tiga bulan bermula Mac kepada semua premis milik MAIPs.

Inisiatif berkenaan merupakan tambahan inisiatif keenam bernilai RM343,317 dan diperkenankan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs.

Menurut kenyataan media dikeluarkan MAIPs, inisiatif itu bakal memanfaatkan golongan sasar bagi membantu meringankan beban peniaga terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terdiri daripada usahawan Muslim termasuk golongan asnaf dan peniaga kecil.

“Inisiatif tersebut adalah rancangan pakej awal sebelum penilaian selanjutnya dilaksanakan MAIPs,” katanya.

Selain itu, MAIPs turut memaklumkan kaedah pengambilan Bantuan Khas Rangsangan Asnaf dilakukan melalui amil kariah di seluruh Perlis.

“Semakan pengambilan berkenaan bagi penerima bantuan Sara hidup Bulanan dan Berkala Tanpa Akaun Bank boleh disemak melalui laman sesawang http://asnaf.maips.gov.my/bantuancovid/,” katanya.

Katanya, agihan bantuan ini melengkapkan inisiatif keempat iaitu Bantuan Khas Rangsangan Asnaf seperti diumumkan MAIPs pada 24 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: