Bekalan makanan mencukupi bukan melihat kepada jenama: Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Penekanan kerajaan berhubung bekalan makanan yang mencukupi adalah melibatkan produk dan bukannya jenama.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masyarakat perlu faham terma berkenaan dan tidak perlu panik ketika membuat pembelian.

"Jawatankuasa Khas Bekalan Makanan telah membuat tinjauan di 27 pasar raya dan bekalan makanan asas masih boleh didapati dengan mudah.

"Satu yang saya nak tekankan di sini, apabila kita sebut beras mencukupi, ia merujuk pada beras itu, bukan jenama beras.

"Jadi, mungkin ada orang tertentu, pihak tertentu yang suka jenama A, kalau jenama A tidak ada bukan bermakna beras tidak ada. Beras mencukupi kerana kita melihat kepada produk, bukan jenama.

“Jadi tidak timbul isu barang bekalan makanan sudah berkurangan, tidak mencukupi kerana tinjauan mendapati barang masih boleh didapati dengan mudah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kuasa khas menteri-menteri mengenai PKP di sini semalam.

Artikel Berkaitan: