Mayat terapung dalam tasik

TAIPING - Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan terapung di tebing tasik Taman Tasik Taiping di sini pada Selasa.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.01 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dikerahkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, anggota yang tiba mendapati mangsa berusia 73 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tasik.

“Ketua Operasi telah melaksanakan size-up awal dan mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan tali bagi mengeluarkan mangsa dari kawasan tasik,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Operasi disertai enam anggota itu tamat pada jam 9.55 pagi.
Ringkasan AI
- Wanita warga emas ditemui mati terapung di tebing tasik Taman Tasik Taiping
- Pihak bomba menerima panggilan kecemasan dan dikerahkan ke lokasi jam 9.01 pagi
- Mangsa berusia 73 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tasik
- Mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan tali dan disahkan meninggal di lokasi
- Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, operasi tamat jam 9.55 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

