Covid-19: Prolintas bantu KKM, golongan B40

Prolintas komited untuk sama-sama membantu pihak KKM dan golongan B40.
Prolintas komited untuk sama-sama membantu pihak KKM dan golongan B40.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Syarikat Prolintas menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan bernilai RM60,000 kepada barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) dan komuniti B40 yang terkesan berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, pihaknya telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada KKM dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurutnya, sumbangan berbentuk barangan turut dihulurkan kepada Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

"Antara barangan yang disumbangkan seperti bantal, stetoskop, kerusi roda dan peralatan perlindungan peribadi (PPE)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad Azlan berkata, pihaknya turut membantu kumpulan B40 yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020.

"Sumbangan kepada kumpulan B40 di seluruh negara telah disalurkan menerusi pertubuhan bukan kerajaan iaitu MERCY Malaysia dan Serantau Muslim.

"Diharap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Prolintas mempunyai lebih dari 200 kumpulan barisan hadapan yang bertugas setiap hari sepanjang PKP.

Artikel Berkaitan:

"Kumpulan ini bertugas di plaza tol bagi memastikan operasi lebuh raya lancar dan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan aliran trafik terkawal.

"Talian hotline lebuh raya dan peronda sentiasa berfungsi 24 jam sehari, jika berlakunya sebarang kecemasan Prolintas sedia membantu," katanya.