Pengiktirafan Israel ke atas Somaliland undang kecaman

MOGADISHU - Tindakan Israel mengiktiraf Somaliland telah mencetuskan gelombang bantahan komuniti antarabangsa.
Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud menegaskan ia jelas satu ancaman kepada kestabilan di Tanduk Afrika selepas republik itu mengumumkan pemisahan dari Mogadishu pada 1991.
Gerakan Huthi turut memberi amaran terhadap kehadiran tentera Israel di Hargeisa yang bakal menjadi 'sasaran' mereka.
Pengiktirafan rejim Tel Aviv itu telah mengundang resah kepada banyak pihak hingga Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan Liga Arab menggesa mesyuarat tergempar disegerakan.
Somaliland yang terasing sejak pengisytiharan kemerdekaan unilateral lebih tiga dekad lalu mempunyai mata wang, pasport dan pasukan tentera sendiri malah situasi di republik itu lebih stabil berbanding Somalia.
Penganalisis percaya hubungan erat dengan Hargeisa akan memberikan Tel Aviv akses lebih meluas terhadap Laut Merah dan menyasarkan pejuang Huthi di Sanaa. - Agensi
Ringkasan AI
- Tindakan Israel mengiktiraf Somaliland mencetuskan bantahan antarabangsa
- Presiden Somalia menegaskan pengiktirafan tersebut sebagai ancaman kestabilan di Tanduk Afrika
- Gerakan Huthi beri amaran akan menjadikan kehadiran tentera Israel di Hargeisa sebagai sasaran
- Pengiktirafan Tel Aviv mengundang resah dan gesaan mesyuarat tergempar dari UNSC dan Liga Arab
- Somaliland, stabil dan terasing, dipercayai akan memberikan akses strategik kepada Israel terhadap Laut Merah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

