Kampung Kurnia, Rompin kembali dilanda banjir

KUANTAN - Baru lapan hari pulang ke rumah setelah banjir surut, beberapa keluarga dari Kampung Kurnia, Endau, Rompin terpaksa kembali semula ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada Isnin.
Ia selepas kempung itu kembali dilanda banjir hingga menjejaskan 13 keluarga melibatkan 49 mangsa.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rompin memaklumkan, semua mangsa kini ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Setajam yang dibuka jam 12 tengah hari pada Isnin.

Menurutnya, banjir yang berlaku susulan hujan lebat berterusan hingga berlaku limpahan air sungai berhampiran.
"Semua agensi berkaitan telah bergerak ke lokasi kejadian untuk melakukan pemantauan, proses permindahan penduduk terjejas, mengawal keselamatan serta menyelaras bekalan bantuan," ujarnya.
Sementara itu, pasukan penyelamat dari Balai Polis Tanjung Gemok telah digerakkan bagi melaksanakan operasi bantuan dan menyelamat mangsa banjir di kampung berkenaan.
Operasi menyelamat digerakkan bagi membantu penduduk yang terperangkap akibat kenaikan paras air yang berlaku secara mendadak.
Menurut hantaran di Facebook Polis Daerah Rompin, misi pemindahan dilaksanakan berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu dan hujan lebat berpanjangan.
Ringkasan AI
- Beberapa keluarga dari Kampung Kurnia, Endau, Rompin terpaksa kembali ke pusat pemindahan sementara kerana banjir
- Banjir tersebut menjejaskan 13 keluarga melibatkan 49 mangsa
- Mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Setajam
- Banjir berlaku susulan hujan lebat berterusan dan limpahan air sungai
- Pasukan penyelamat dan agensi berkaitan telah digerakkan untuk melakukan pemantauan dan membantu penduduk terjejas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

