Kekasih mangsa bunuh ditahan

Lelaki berusia 57 tahun dipercayai kekasih mangsa direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Lelaki berusia 57 tahun dipercayai kekasih mangsa direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan wanita warga Vietnam di Taman Sejahtera, Bakar Arang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 57 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu telah ditahan dalam satu serbuan di Kampung Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah semalam.

Menurutnya, suspek dipercayai kekasih mangsa dan saling mengenali sejak sebulan lalu.

"Ini merupakan tangkapan ketiga setelah rakan serumah (warga Vietnam) manakala kekasihnya direman tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian terbabit, mangsa, Ngo Thi Quyen, 46, ditemui mati di rumah sewanya di Taman Sejahtera.

Siasatan pasukan forensik mendapati mangsa mati dalam keadaan terlentang di atas tilam berselimut dengan toto keseluruhan badan.

Selain itu, terdapat kesan luka di dahi sebelah kiri dan kanan selain muka terdapat kesan darah.

Bagaimanapun, tiada kesan pergelutan ditemui dalam rumah.

Artikel Berkaitan:

Mangsa yang bekerja di sebuah kilang yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah itu dilaporkan kali terakhir keluar bekerja pada 18 Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.