Bersatu nafi keluarkan kenyataan media pelantikan MB Perlis

Bersatu menafikan sebarang kenyataan media berkaitan pelantikan Menteri Besar Perlis seperti yang tular di media sosial.
Bersatu menafikan sebarang kenyataan media berkaitan pelantikan Menteri Besar Perlis seperti yang tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan sebarang kenyataan media berkaitan pelantikan Menteri Besar Perlis seperti yang tular di media sosial.

Bersatu menegaskan, dokumen yang menggunakan nama Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepala surat parti itu tidak pernah dikeluarkan oleh kepimpinan atau sekretariat parti.

“Kenyataan media di atas adalah palsu. Harap maklum. Terima kasih,” katanya dalam satu maklum balas ringkas kepada media.

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli mengumumkan, beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan.

Beliau menegaskan, hanya meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan masih kekal sebagai ADUN Sanglang, jawatan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Rentetan itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan, desakan supaya projek-projek besar diluluskan tanpa mematuhi peraturan dan unsur penyelewengan serta rasuah didakwa merupakan faktor utama krisis politik di Perlis.

Beliau dilapor berkata, terdapat tekanan berkaitan projek yang tidak mengikut peraturan, menyebabkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak boleh menuruti perbuatan yang salah.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan kenyataan media berkaitan pelantikan Menteri Besar Perlis yang tular
  • Dokumen palsu tersebut tidak dikeluarkan oleh kepimpinan atau sekretariat parti Bersatu
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis atas faktor kesihatan
  • Mohd Shukri Ramli masih kekal sebagai ADUN Sanglang
  • Desakan supaya projek-projek besar diluluskan tanpa mematuhi peraturan adalah faktor utama krisis politik di Perlis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!