Ramsey sumbang dana bantu pekerja khidmat kesihatan

Aaron Ramsey - Foto Sumber Internet
Aaron Ramsey - Foto Sumber Internet
A
A
A

Bintang Wales dan Juventus, Aaron Ramsey telah menyumbang sebanyak RM54,000 (£10,000) kepada Badan Kebajikan, Kesihatan Cardiff dan Vale dalam usaha membantu pekerja khidmat kesihatan ( NHS) tempatan ketika pandemic Covid-19.

Sumbangan berkenaan yang dibuat menerusi atas talian (online) itu diharap dapat membantu kakitangan NHS melibatkan doktor dan jururawat tempatan selain memberikan manfaat kepada para pesakit menerusi tabung ‘Make It Better.’

Bekas pemain tengah Arsenal itu turut memuat naik status berhubung sumbangan berkenaan pada laman Instagramnya.

“Kami benar-benar menghargai segala kerja keras anda semua. Kepada anda di luar sana, jika anda mahu turut membantu, tolong tinggal di rumah, bantu lindungi NHS dan semua kakitangan mereka di seluruh dunia kerana ia membantu menyelamatkan nyawa.

“Untuk membantu dalam cara lain, anda boleh membuat sumbangan (dana).

“Masa ini adalah masa yang cukup mencabar bagi semua kakitangan NHS. apa sahaja yang anda sumbangkan akan membantu pada saat ini,” katanya menerusi laman Instagramnya.

Untuk rekod badan kebajikan berkenaan sebelum ini telah pun melancarkan kempen untuk meraih sumbangan dana bagi kakitangan tempatan NHS yang terlibat.

Sementara itu, badan kebajikan berkenaan menerusi ciapan di laman twitternya berkata, mereka begitu menghargai sumbangan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Aaron, anda adalah bindang kami!,” menurut ciapan berkenaan.