Lapan ditahan merusuh di Baling

Lokasi kejadian rusuhan membabitkan lapan lelaki ditahan di Baling, Kedah. Gambar kecil: Syed Basri
Lokasi kejadian rusuhan membabitkan lapan lelaki ditahan di Baling, Kedah. Gambar kecil: Syed Basri
A
A
A

BALING - Lapan individu ditahan dalam Ops Covid-19 kerana merusuh dalam kejadian di Taman Bersatu, Baling, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, kesemua mereka berusia 20 hingga 40-an didapati terlibat dalam pergaduhan di kawasan perumahan terbabit.

"Punca kejadian dikatakan kerana hutang lampau tetapi siasatan akan diteruskan bagi memastikan punca sebenar," katanya

Menurutnya, kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Perintah tahanan reman telah dibenarkan terhadap kesemua mereka sehingga 1 April depan.

Artikel Berkaitan: