Tujuh maut bas penumpang terbalik

Bas tersebut yang membawa 19 penumpang, dilaporkan terbabas di satu laluan menuruni bukit yang panjang. Foto Agensi
Bas tersebut yang membawa 19 penumpang, dilaporkan terbabas di satu laluan menuruni bukit yang panjang. Foto Agensi
A
A
A

HANOI - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut di tempat kejadian apabila sebuah bas penumpang terbalik di wilayah pergunungan Lao Cai, utara Vietnam pada pagi Sabtu, menurut Agensi Berita Vietnam yang dipetik oleh Xinhua.

Bas tersebut yang membawa 19 penumpang, dilaporkan terbabas di satu laluan menuruni bukit yang panjang.

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 10 mangsa dari bas tersebut, manakala beberapa yang lain masih terperangkap di dalam kenderaan berkenaan, tambah laporan itu.

Pihak berkuasa sedang meneruskan usaha untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tujuh orang maut apabila bas penumpang terbalik di wilayah pergunungan Lao Cai, Vietnam
  • Bas tersebut membawa 19 penumpang dan terbabas di laluan menuruni bukit
  • Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 10 mangsa
  • Beberapa mangsa masih terperangkap dalam bas
  • Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kemalangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!