Bas ekspres terbalik, tiga termasuk pemandu cedera

Laporan Sinar Harian pada Jumaat mengenai bas ekspres yang membawa 15 penumpang terbalik di Kuala Krai.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat mengenai bas ekspres yang membawa 15 penumpang terbalik di Kuala Krai.
A
A
A

KUALA KRAI – Tiga termasuk pemandu cedera ringan selepas sebuah bas ekspres yang membawa 13 penumpang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas sebelum terbalik berhampiran Kampung Batu Balai, Jalan Kuala Krai–Kota Bharu di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.30 pagi melalui Sistem MERS 999 sebelum pasukan dari BBP Kuala Krai dan BBP Sungai Durian digerakkan ke lokasi.

“Bas ekspres jenis Naza Ekspres itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik, terdapat 15 individu dalam bas iaitu 13 penumpang, seorang pemandu dan seorang pembantu pemandu.

“Tiga mangsa cedera iaitu dua warga emas masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita serta pemandu lelaki berusia 30-an,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Menurut beliau, 11 lagi penumpang lelaki dan pembantu pemandu tidak cedera.

“Semua penumpang yang terselamat adalah dewasa berusia sekitar 20-an dan 30-an ke atas,” katanya.

Nik Ahmad Afsham berkata, dua mangsa dilaporkan tersepit namun berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mokhtar Che Mah dengan kekuatan 13 anggota bersama tiga jentera penyelamat itu tamat sepenuhnya pada jam 6.35 pagi.

“Siasatan punca sebenar kemalangan masih dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

 

Bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa dari bas terbalik.

FOTO Ihsan Bomba

Bas bawa 13 penumpang terbalik di Kuala Krai.

FOTO Ihsan Bomba

Keadaan bas yang terbalik selepas terbabas di Kuala Krai pada Jumaat.

FOTO Ihsan Bomba

Ringkasan AI

  • Bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas dan terbalik di Kuala Krai membawa 13 penumpang
  • Tiga termasuk pemandu cedera ringan dalam kemalangan tersebut
  • Panggilan kecemasan diterima pada jam 5.30 pagi dan pasukan penyelamat digerakkan
  • Dua mangsa tersepit namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan
  • Operasi penyelamatan tamat sepenuhnya pada jam 6.35 pagi, siasatan punca kemalangan masih dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!