Bas ekspres bawa 15 penumpang terbalik di Kuala Krai

Sebuah bas ekspres yang membawa 15 penumpang termasuk pemandu terbalik dalam kejadian di Kampung Batu Balai, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, awal pagi Jumaat. Foto JBPM Kelantan
Sebuah bas ekspres yang membawa 15 penumpang termasuk pemandu terbalik dalam kejadian di Kampung Batu Balai, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, awal pagi Jumaat. Foto JBPM Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah bas ekspres yang membawa 15 penumpang termasuk pemandu terbalik dalam kejadian di Kampung Batu Balai, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, panggilan kecemasan diterima melalui sistem MERS pada 5.30 pagi daripada orang awam.

Operasi menyelamat dijalankan dengan kekuatan 13 anggota bersama tiga jentera. Foto JBPM Kelantan
Operasi menyelamat dijalankan dengan kekuatan 13 anggota bersama tiga jentera. Foto JBPM Kelantan

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian dan BBP Kuala Krai segera digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 5.54 pagi.

"Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah bas dengan jumlah keseluruhan mangsa 15 orang termasuk pemandu. Dua mangsa dilaporkan tersepit

Operasi menyelamat masih diteruskan dengan kekuatan 13 anggota bersama tiga jentera. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebuah bas ekspres terbalik di Kampung Batu Balai, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu membawa 15 penumpang termasuk pemandu
  • Panggilan kecemasan diterima jam 5.30 pagi
  • Pasukan dari BBP Sungai Durian dan BBP Kuala Krai tiba di lokasi jam 5.54 pagi
  • Kemalangan melibatkan 15 orang termasuk pemandu dengan dua mangsa tersepit
  • Operasi penyelamat dilakukan oleh 13 anggota dengan tiga jentera

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!