Kontroversi acara Miss & Mister Celebrity International 2025 calar imej pelancongan negara

PENGANJURAN Miss & Mister Celebrity International 2025 menjadi tumpuan selepas didapati menggunakan logo rasmi kerajaan tanpa sebarang kelulusan, sekali gus menimbulkan implikasi negatif dalam kalangan masyarakat.
Penganjur dilapor menggunakan logo Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dalam bahan promosi acara itu tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa.
MOTAC dan Tourism Malaysia dalam respons bagaimanapun menegaskan, tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan acara berkenaan dan menafikan sebarang sokongan terhadap program itu.
Malah kontroversi bertambah apabila tular sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berpakaian seperti wanita menerima anugerah dalam acara tersebut.
Perkara ini menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan masyarakat Islam yang melihatnya sebagai tidak selari dengan nilai dan norma agama.
Kejadian itu turut mencetuskan perdebatan di media sosial, sekali gus menimbulkan persepsi terhadap penganjuran program.
Isu ini bukan sahaja melibatkan pelanggaran hak harta intelek, malah berpotensi menjejaskan reputasi dan kredibiliti kempen pelancongan negara, khususnya VM2026 yang sedang giat dipromosikan di peringkat antarabangsa.
Selain itu, ia boleh menetapkan preseden negatif sekiranya tindakan tegas tidak diambil terhadap penganjur.
Justeru kerajaan disaran memperkemas garis panduan rasmi bagi penganjuran acara komersial dan antarabangsa, serta meningkatkan kempen pendidikan awam bagi membezakan antara acara yang mendapat sokongan rasmi dan sebaliknya.
Ringkasan AI
- Penganjuran Miss & Mister Celebrity International 2025 guna logo kerajaan tanpa kelulusan
- Penganjur menggunakan logo MOTAC dan kempen VM2026 dalam promosi tanpa kebenaran
- MOTAC dan Tourism Malaysia nafikan hubungan rasmi dengan acara itu
- Kontroversi rakaman video seorang lelaki berpakaian wanita terima anugerah timbulkan reaksi negatif
- Isu pelanggaran hak intelek dan potensi jejas reputasi kempen pelancongan negara
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

