Penganjur Miss & Mister Celebrity International 2025 bakal dikenakan tindakan

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki berpakaian wanita menerima anugerah dalam satu majlis bertaraf antarabangsa dan kenyataan rasmi Tourism Malaysia.
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki berpakaian wanita menerima anugerah dalam satu majlis bertaraf antarabangsa dan kenyataan rasmi Tourism Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur acara Miss & Mister Celebrity International 2025 yang didapati menggunakan logo korporat dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 tanpa kebenaran.

Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tindakan tersebut diambil bagi melindungi hak harta intelek, integriti jenama serta identiti rasmi korporat.

Tambah kenyataan itu, pihak kementerian dan agensi berkenaan turut menafikan sebarang kaitan dengan penganjuran acara berkenaan yang berlangsung di Sentul, di sini, pada 14 hingga 22 Disember lalu.

“Didapati penggunaan logo korporat Tourism Malaysia dan logo kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) oleh pihak penganjur telah dibuat tanpa kebenaran bertulis rasmi.

“Sehubungan itu, MOTAC dan Tourism Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi, tafsiran awam atau liabiliti yang timbul daripada penganjuran acara tersebut atau penggunaan logo tanpa kebenaran,” katanya pada Jumaat.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang lelaki berpakaian wanita menerima anugerah dalam satu majlis bertaraf antarabangsa.

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan, yang mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Tourism Malaysia akan mengambil tindakan terhadap penganjur Miss & Mister Celebrity International 2025 kerana menggunakan logo tanpa kebenaran
  • Tindakan diambil untuk melindungi hak harta intelek dan integriti jenama
  • Kementerian dan agensi menafikan kaitan dengan acara yang berlangsung di Sentul
  • Penggunaan logo Tourism Malaysia dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 oleh penganjur tanpa kebenaran bertulis rasmi
  • Video berdurasi 27 saat yang tular di media sosial mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengarahkan siasatan dan tindakan sewajarnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!