Patung Harimau Putih tarik tumpuan, wajah lucu jadi bahan jenaka

KEDIRI – Sebuah patung Harimau Putih yang dibina di Desa Balongjeruk, Kecamatan Kunjang, Kediri, Jawa Timur, menarik perhatian netizen selepas videonya tular di media sosial.
Patung yang dicat hitam-putih itu sepatutnya menjadi simbol identiti bandar Kediri, namun ekspresi wajahnya yang dianggap lucu dan 'tidak seimbang' telah mengundang pelbagai reaksi jenaka daripada orang ramai.
Rakaman video yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @seputar_kediri menunjukkan patung itu berdiri megah, namun ramai netizen berseloroh bahawa wajahnya lebih menyerupai tapir atau gabungan haiwan lain.
Ada juga yang menyifatkannya sebagai 'harimau montel' dan mempersoalkan konsep reka bentuk yang digunakan.
Selain versi siap, foto-foto proses pembinaan patung turut tular di media sosial. Dari sudut sisi, patung yang masih belum dicat hitam-putih kelihatan semakin mengundang tawa.
Ramai yang mempertikaikan idea dan perancangan seni di sebalik patung tersebut.
Patung ini dirasmikan pada awal Disember 2025, dengan nama Ketua Desa Balongjeruk, Safii, tercatat sebagai pihak yang menandatangani perasmian berkenaan.
Setakat ini, pihak desa belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai konsep reka bentuk mahu pun kos pembinaan.
Kekurangan maklumat ini menambahkan lagi jenaka dan spekulasi orang ramai mengenai inspirasi di sebalik wajah patung yang unik dan menghiburkan itu.
Video dan foto patung ini telah tersebar luas di TikTok, Instagram dan Twitter, meraih ribuan sehingga jutaan tontonan.
Selain menghibur, fenomena ini turut menimbulkan perbincangan kritis mengenai kualiti perancangan, reka bentuk dan pengurusan kos awam. - Agensi
Ringkasan AI
- Patung Harimau Putih yang dibina di Desa Balongjeruk, Kediri, menarik perhatian netizen kerana ekspresi wajahnya yang dianggap lucu
- Ekspresi wajah patung tersebut mendapat pelbagai reaksi jenaka daripada netizen yang menyamakannya dengan tapir atau haiwan lain
- Foto proses pembinaan yang menunjukkan patung belum dicat hitam-putih turut tular dan mengundang tawa
- Patung ini dirasmikan pada awal Disember 2025 oleh Ketua Desa Balongjeruk, Safii
- Video dan foto patung tersebut telah tersebar luas di media sosial seperti TikTok, Instagram, dan Twitter, meraih jutaan tontonan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

