Tapir jantan 250kg mati dilanggar kenderaan di Kemaman

Tapir jantan yang ditemui mati dilanggar di Jalan Kuala Terengganu–Kuantan berdekatan gerai jualan lemang di Kijal hari ini. - Foto: Bernama
Tapir jantan yang ditemui mati dilanggar di Jalan Kuala Terengganu–Kuantan berdekatan gerai jualan lemang di Kijal hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

CHUKAI – Seekor tapir jantan ditemui mati, dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Kuala Terengganu–Kuantan berdekatan gerai jualan lemang di Kijal, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, tapir seberat 250 kilogram (kg) itu ditemui oleh pengguna jalan raya kira-kira jam 11.40 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan di mulut, kaki dan badan bangkai hidupan liar itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam pada itu, Kean Seong berkata, empat anggota Perhilitan Daerah Kemaman telah dihantar ke lokasi kejadian untuk mengambil bangkai tapir tersebut sebelum dilupuskan.

“Sehubungan itu, kita nasihatkan agar pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati dan peka dengan kawasan lintasan hidupan liar,” katanya. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seekor tapir jantan ditemui mati akibat dilanggar kenderaan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
  • Tapir tersebut beratnya ialah 250 kilogram dan ditemui pada jam 11.40 pagi
  • Tapir itu mengalami kecederaan di mulut, kaki dan badan
  • Empat anggota Perhilitan Daerah Kemaman dihantar ke lokasi untuk mengambil bangkai tersebut
  • Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan peka dengan kawasan lintasan hidupan liar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!