Gajah betina ditemui mati

LAHAD DATU - [DIKEMAS KINI] Seekor gajah betina berusia sekitar sembilan hingga 10 tahun ditemui mati di kawasan Ladang Felcra Berhad, Danum, di sini pada Jumaat lalu.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, penemuan itu dilaporkan oleh pekerja ladang di kawasan berkenaan.
Katanya, pasukan penyiasat menjalankan bedah siasat terhadap bangkai haiwan berkenaan pada keesokan harinya.
“Hasil pemeriksaan fizikal hanya menemui luka lama yang kecil dan tiada sebarang kesan kecederaan baharu dikesan pada bangkai haiwan tersebut.
“Sampel organ dalaman telah diambil untuk analisis makmal dan keputusan awal menunjukkan kematian berpunca daripada kegagalan fungsi organ dalaman,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah Christina, berdasarkan siasatan, tiada unsur jenayah hidupan liar dikesan pada bangkai gajah berkenaan.
Ringkasan AI
- Seekor gajah betina berusia sekitar sembilan hingga 10 tahun ditemui mati di Ladang Felcra Berhad, Danum, Lahad Datu pada Jumaat lalu
- Penemuan itu dilaporkan oleh pekerja ladang di kawasan berkenaan
- Pasukan penyiasat menjalankan bedah siasat pada bangkai haiwan tersebut pada keesokan harinya
- Hasil pemeriksaan fizikal dan analisis makmal menunjukkan kematian disebabkan oleh kegagalan fungsi organ dalaman
- Tiada unsur jenayah hidupan liar dikesan pada bangkai gajah tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
