Lelaki hilang sejak Sabtu ditemui mati, mayat ditanam dekat kebun getah

Mayat lelaki ditemui ditanam di kawasan berhampiran kebun getah di Kampung Kitung, Keningau.
Mayat lelaki ditemui ditanam di kawasan berhampiran kebun getah di Kampung Kitung, Keningau.
A
A
A

KENINGAU - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui mati selepas jasadnya ditanam berhampiran rumah pekerja kebun getah di Kampung Kitung di sini pada petang Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Abdul Hafiz, 30, ditemui kira-kira jam 6.25 petang selepas kerja mengorek timbunan tanah dilakukan susulan penemuan beberapa barangan tidak jauh dari lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, pencarian itu dilakukan oleh pasukan Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Motosikal antara yang ditemui pihak polis sebelum mayat mangsa ditemui tertanam di kawasan berhampiran kebun getah di Kampung Kitung, Keningau.
Motosikal antara yang ditemui pihak polis sebelum mayat mangsa ditemui tertanam di kawasan berhampiran kebun getah di Kampung Kitung, Keningau.

“Siasatan awal mendapati pada 20 September lalu, mangsa yang merupakan warga Pakistan ada memaklumkan kepada rakannya yang juga pengadu bahawa dia mahu berjumpa dengan seorang individu di Kampung Meninipir sebelum bergerak dengan sebuah motosikal.

“Bagaimanapun, mangsa gagal dihubungi selepas itu dan pada keesokan paginya, rakan mangsa menerima mesej bergambar daripada telefon bimbit mangsa yang menunjukkan lokasi terakhir di kawasan Jalan Mangkalias, Tenom.

“Pencarian dijalankan pada 22 September di lokasi tersebut dan polis menemui sebuah telefon bimbit milik mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, pencarian diteruskan keesokan harinya di Kampung Kitung dengan bantuan rakan mangsa sehingga membawa kepada penemuan beberapa barangan.

Artikel Berkaitan:

“Antara yang ditemui ialah pakaian, motosikal dan sebilah parang yang disorok dalam guni putih. Kesemuanya dijumpai berhampiran timbunan tanah baharu yang akhirnya membawa kepada penemuan mayat mangsa.

Motosikal antara yang ditemui pihak polis sebelum mayat mangsa ditemui tertanam di kawasan berhampiran kebun getah di Kampung Kitung, Keningau.
Motosikal antara yang ditemui pihak polis sebelum mayat mangsa ditemui tertanam di kawasan berhampiran kebun getah di Kampung Kitung, Keningau.

“Kerja menggali dilakukan kira-kira 100 meter dari rumah pekerja kebun getah sebelum mayat ditemui lengkap berpakaian dan berkasut dengan kesan luka di belakang kepala serta telinga kanan.

“Mayat dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Keningau sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat yang dijadualkan pada Rabu,” katanya.

Yampil berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang mengenal pasti seorang lelaki warga Filipina berusia 32 tahun yang bekerja sebagai penjaga kebun getah dan menetap di rumah pekerja berhampiran lokasi penemuan.

“Buat masa ini, motif kejadian masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga Pakistan berusia 30 tahun ditemui mati di Kampung Kitung
  • Pasukan Forensik D10 JSJ IPK Sabah menjalankan pencarian
  • Mangsa dilaporkan mahu berjumpa individu di Kampung Meninipir sebelum hilang
  • Barangan peribadi dan mayat mangsa ditemui berhampiran timbunan tanah
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, motif masih belum diketahui

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!