Lelaki positif dadah rempuh sekatan jalan raya PKP ditahan

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail. - Foto Sumber Internet
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail. - Foto Sumber Internet
A
A
A

KUCHING - Seorang lelaki berumur 29 tahun ditahan selepas merempuh sekatan jalan raya yang dilaksanakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Batu 11, Jalan Kuching-Serian, di sini pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, dalam kejadian jam 6.35 pagi itu, suspek berjaya ditahan selepas kenderaan dipandunya terbabas semasa dikejar sepasukan anggota polis.

“Ketika ditahan, suspek bukan sahaja dikesan memiliki dadah malah ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Kejadian) 2020 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam serta melanggar PKP.

"Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan orang lain dan Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

" Kita menjangkakan suspek akan didakwa Isnin ini.. - Bernama

Artikel Berkaitan: