Tak endah tiga kali amaran polis, dua lelaki melepak ditahan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis yang melakukan rondaan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menahan dua individu termasuk seorang warga emas kerana melepak di sebuah pondok di Sungai Janggut, Jeram di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, rondaan PKP itu dijalankan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 10.30 pagi.

Menurutnya, dua lelaki berusia 72 dan 54 tahun itu tidak mengendahkan arahan polis yang meminta mereka meninggalkan pondok terbabit.

"Polis terpaksa mengambil tindakan tegas selepas dua lelaki terbabit masih berdegil meskipun telah memberikan amaran sebanyak tiga kali," katanya kepada Sinar Harian.

Ramli berkata, kedua-dua individu itu disiasat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Selain itu, kesalahan itu turut disiasat mengikut mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: