Pulau 'bermandi darah' selepas hujan lebat

Satu fenomena menakjubkan telah mengubah sebuah pulau menjadi landskap seperti 'bermandi darah'. Foto Agensi
Satu fenomena menakjubkan telah mengubah sebuah pulau menjadi landskap seperti 'bermandi darah'. Foto Agensi
A
A
A

TEHERAN - Satu fenomena menakjubkan telah mengubah sebuah pulau menjadi landskap seperti 'bermandi darah'.

Kejadian yang menghasilkan pemandangan luar biasa itu berlaku di Pulau Hormuz, Iran selepas hujan lebat berterusan di kawasan perairan Teluk Parsi tersebut dan turut menerima reaksi mengagumkan warganet.

Penjelasan saintifik di sebalik kejadian visual yang menakjubkan ini terletak pada geologi unik pulau tersebut.

Hormuz kaya dengan besi oksida, terutamanya hematit iaitu mineral yang menghasilkan warna kemerahan pada tanah dan batuan.

Menurut ahli geologi, apabila air hujan meresap melalui rupa bumi yang kaya dengan besi itu, ia akan larut dan membawa zarah oksida besi ke pantai serta menjadikannya seperti 'bermandi darah'.

Fenomena semula jadi itu tidak mendatangkan bahaya walaupun ia kelihatan menakutkan seperti 'hujan darah'.

Pakar alam sekitar juga mengesahkan ia bukan satu bentuk pencemaran atau mencetuskan sebarang ancaman ekologi.

Pulau Hormuz sering digelar sebagai 'pulau pelangi' kerana landskapnya yang berwarna-warni selain menjadi destinasi pelancongan popular. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Fenomena menakjubkan mengubah Pulau Hormuz menjadi landskap seperti 'bermandi darah'
  • Kejadian berlaku selepas hujan lebat di kawasan Pulau Hormuz, Iran
  • Geologi unik pulau yang kaya dengan besi oksida dan hematit menyebabkan fenomena ini
  • Air hujan membawa zarah oksida besi ke pantai menyebabkan efek tersebut
  • Fenomena ini tidak berbahaya dan bukan pencemaran atau ancaman ekologi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!